Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera.
Kebersihan merupakan perkara asas dalam kehidupan seharian setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Kebersihan yang mencakupi kebersihan diri, alam sekitar, tempat tinggal dan ruang bekerja contohnya, memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak, peribadi, daya pemikiran dan prestasi kerja seseorang individu. Dunia semakin terarah kepada modenisasi dan pembangunan yang pesat namun kesedaran sivik dan mentaliti penghuni Bumi semakin hari semakin membimbangkan dengan isu kebersihan yang seakan dipandang enteng.
Kebersihan merupakan perkara asas dalam kehidupan seharian setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Kebersihan yang mencakupi kebersihan diri, alam sekitar, tempat tinggal dan ruang bekerja contohnya, memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak, peribadi, daya pemikiran dan prestasi kerja seseorang individu. Dunia semakin terarah kepada modenisasi dan pembangunan yang pesat namun kesedaran sivik dan mentaliti penghuni Bumi semakin hari semakin membimbangkan dengan isu kebersihan yang seakan dipandang enteng.
Skop kata kebersihan itu sendiri
meluas, boleh jadi ia dari sudut pengurusan diri, kekemasan tempat kerja dan
sebagainya namun yang ingin dibincangkan di sini adalah mengenai pembuangan
sampah di merata tempat dalam kalangan para pelajar khususnya dan masyakarat
umum amnya. Kami melihat isu berkaitan sampah sarap ini sebagai sesuatu yang
perlu ditangani. Justeru, berikut kami senaraikan beberapa permasalahn yang
berlaku di kampus pengajian kami sendiri iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM)
kampus Puncak Alam.
Isu pertama yang dapat kami lihat
adalah mengenai pembuangan sampah seperti plastik gula-gula, botol air, kertas,
bekas makan dan tisu yang dibuang atau ditinggalkan di merata tempat di sekitar
fakulti kami khususnya dan sekitar kampus amnya. Persoalanannya, apakah faktor
pendorong kepada berlakunya permasalahan yang dilihat semakin meruncing saban
hari ini?
Kami melihat ianya sebagai kurang
sifat bertanggungjawab dalam diri setiap pelajar walaupun dari bangku sekolah
lagi sudah diterapkan nilai-nilai kebersihan ini namun ianya seakan tidak lagi
dipraktikkan apabila seseorang itu meningkat dewasa. Lambakan sampah di dalam
kelas, di kaki lima dan di dalam tandas dilihat sebgai sesuatu yang mampu
menjejaskan nama baik sesebuah institusi itu. Diharapkan ketamadunan manusia
dari segi pengurusan sampah dan kebersihan dapat dibentuk dan membangun seiring
dengan kepesatan era modenisasi yang acapkali dipuja.
Seterusnya kami berpendapat bahawa
isu penyediaan tong sampah yang tidak mencukupi sebagai sesuatu yang perlu
dipandang serius. Pihak pengurusan diharapkan dapat lebih peka dengan perkara
ini agar memudahkan para pelajar umtuk membuang bahan buangan di tempat yang
betul agar dapat mengelakkan berlakunya pembuangan sampah di merata tempat.
Ingin kami bangkitkan isu ini agar ianya dapat membuka mata pihak pengurusan
agar menyediakan lebih banyak tong sampah dalam usaha untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan ceria.
Perlu diingat bahawa masyarakat kita
belum terdidik atau lebih enak untuk kami katakana, belum mempunyai kesedaran
dan rasa tanggungjawab untuk menyimpan bahan buangan sendiri di dalam kocek
ataupun beg dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan kemudiannya.
Oleh sebab itu, kami merasakan faktor ini sebagai sesuatu yang tidak boleh
diambil ringan dalam usaha menangani isu sampah yang berlaku.
Selain itu, ingin kami tegaskan
bahawa mentaliti setiap pelajar mengenai isu pembuangan sampah sebagai sesuatu
perkara penting yang perlu diperbaiki dan diubah secara menyeluruh agar
aspirasi “Sifar Sampah” dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sejajar dengan
konsep itu, kami merasakan bahawa wujudnya keperluan untuk kita sama-sama
mendidik diri untuk tidak menaruh sepenuh
kebergantungan kepada tukang cuci untuk menyapu atau mengutip sampah yang kita
buang di merata tempat.
Jika perkara ini berterusan, maka ia
secara tidak langsung akan memberi impak negatif kepada usaha kea rah
melahirkan atau membentuk modal insan kelas pertama. Label masyarakat minda
kelas pertama seharusnya ditelusi daripada perkara yang paling asas, yakni
dalam konteks diskusi kami ini, kebersihan. Justeru kami bangkitkan juga isu
ini sebagai permasalahan yang perlu ditangani dalam kadar segera agar longgokan
sampah dapat dikurangkan hari demi hari.
Ringkasnya, dapat kami simpulkan
bahawa isu berkaitan sampah ini sebagai sesuatu yang perlu dibendung dan
dikawal demi keselesaan bersama. Bahan buangan kita, tanggungjawab kita.
Hindarkan diri daripada bersikap tidak endah mengenai isu pembuangan sampah di
tempat yang disediakan. Alah bisa, tegal biasa. Kita mampu mengubahnya ke arah
yang lebih baik jika wujud kesedaran dalam diri masing-masing. InsyaAllah.
![]() |
Plastik makanan dibiarkan bersepah di bawah meja. |
![]() |
Keadaan meja dan kerusi yang kurang tersusun. |
![]() |
Keadaan kerusi di dalam kelas yang tidak tersusun. |
Wasalam.
No comments:
Post a Comment