Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera.
Malaysia mempunyai lebih daripada 70 etnik dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili sub etnik, jumlahnya melebihi 200 kumpulan. Dengan kepelbagaian etnik di Malaysia, maka sedikit perbalahan boleh menyebabkan perpaduan etnik di Malaysia berpecah dan memberikan implikasi yang negatif terhadap penduduk di Malaysia. Maka, perpaduan etnik di Malaysia hendaklah dijaga dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang akan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
Dalam
Islam, perkara mengenai perbezaan etnik tidak menjadi halangan untuk manusia
berbaik, saling bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
Penghormatan terhadap agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
dan ia merupakan ajaran yang penting dalam Islam agar keharmonian dalam
kepelbagaian etnik dapat dicapai. Kepelbagaian etnik dalam Islam dilihat
sebagai sesuatu yang positif kerana masyarakat akan dapat saling
kenal-mengenali antara satu sama lain dan membawa kepada persefahaman antara
kaum. Perkongsian ilmu, teknologi, kemahiran dan pengalaman merupakan contoh
perkongsian yang positif yang dapat dicapai sekiranya keharmonian hubungan
etnik dijaga dengan baik.
Terdapat
enam asas kepada hubungan etnik menurut Islam iaitu; Al-Taaruf
(berkenal-kenalan), Al-Tafahum (persefahaman), Al-Ta’awun (bantu-membantu),
Al-Tadhamun (jamin-menjamin), Al-Ukhuwah (persaudaraan) dan Al-Mahabbah (kasih
sayang). Yang ingin diperjelaskan pada hari ini adalah Al-Ta’awun, iaitu saling
bantu-membantu. Dalam hidup bermasyarakat, sifat bantu membantu hendaklah ke
arah kebaikan, bukan kejahatan demi mencapai kepentingan dalam konteks
masyarakat plural disamping menolak segala keburukan agar tidak terjadi dalam
masyarakat. Sifat bantu membantu dapat mengelakkan timbulnya masalah dalam
masyarakat dan memudahkan segala urusan. Ia boleh dilakukan melalui bantuan
kewangan, masa dan tenaga yang natijahnya akan mengeratkan lagi hubungan dalam
masyarakat.
Selain itu, konsep wasatiyah merupakan suatu konsep
yang mementingkan pertengahan, kesederhanaan, iaitu pertengahan yang memerlukan
hak yang sepatutnya antara dua sikap yang ekstrem (melampau) dan yang jumud.
Menurut Al-Qardawi, wasatiyah merupakan sesuatu yang memerlukan hak yang
sepatutnya. Hal ini dapat dicapai dengan memberikan hak yang sepatutnya melalui
jalan tengah agar tidak melampaui batas-batas syariat islam. Menurut kamus
dewan, wasatiyah bermaksud kesederhanaan. Dapat disimpulkan disini bahawa
wasatiyah merupakan kesederhanaan, kerjasama, toleransi, tidak ekstrem dan
bersederhana dalam perlbagai perlakuan dan hendaklah tidak mengabaikan
prinsip-prinsip Islam.
Kebersihan merupakan separuh daripada iman. Faktor
kebersihan boleh menjadi faktor yang memecahbelahkan perpaduan kaum di
Malaysia. Keadaan persekitaran yang kotor sehingga menyebabkan bau busuk dan
menarik perhatian haiwan liar akan mendatangkan masalah kesihatan kepada
masyarakat. Masalah sampah dibuang merata-rata akan membawa kepada peningkatan
kes aedes kerana nyamuk aedes dapat membiak apabila air bertakung di
sampah-sampah tersebut. Selain itu, sampah yang bersepah juga akan menarik perhatian
haiwan liar termasuk ular dan tikus yang akan menyebabkan masakah kesihatan dan
juga keselamatan penduduk. Oleh itu, konsep wasatiyah dan ta’awun amat penting
agar setiap pihak yang terlibat dalam masyarakat akan saling bantu-membantu
dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kebersihan kerana hal ini bukan
hanya memberi manfaat kepada satu pihak semata-mata.
Begitu juga dengan situasi di dalam kampus.
Kebersihan memainkan peranan yang amat penting agar pelajar dapat belajar
dengan selesa dan para pensyarah dapat mengajar dengan selesa. Ini kerana, jika
tahap kebersihan teruk maka suasana pembelajaran yang tidak selesa akan
menggangu pelajar dan pensyarah. Bayangkan jika anda pergi ke kelas yang penuh
dengan sampah dan kotor. Anda semestinya tidak akan selesa untuk belajar
terutama sekali jika ia merupakan sampah basah, yang akan mendatangkan bau yang
tidak menyenangkan. Ia akan menjejeaskan tumpuan anda apabila belajar. Hal ini
juga boleh merenggangkan hubungan pelajar dan pensyarah kerana pensyarah akan
menegur pelajar supaya membersihkan kelas. Oleh itu, para pelajar hendaklah
mengaplikasikan konsep ta’awun dan wasatiyah untuk membersihkan kelas terutama
sekali adalah dengan tidak membuang sampah di dalam kelas.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment