Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera.
Kebelakangan ini, sisa sesuatu bahan atau lebih dikenali sebagai sampah dapat dilihat di sekitar UITM Puncak Alam ini. Seperti yang telah dinyatakan, pelbagai isu yang timbul mengenai punca sampah ini dibuang merata-rata. Hal ini perlu dibendung segera bagi membuang impak negatif yang secara tidak langsung boleh mencemarkan nama universiti. Semua warga sedia maklum bahawa kesedaran mengenai penjagaan kebersihan khususnya berkaitan sampah ini berada pada tahap yang amat rendah dalam kalangan manusia termasuklah mahasiswa. Justeru, kami terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi mengingatkan kembali kepada mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan khususnya dalam konteks pembuangan sampah. Hal ini demikian kerana pelbagai impak negatif telah kami temui kesan pembuangan sampah merata-rata di sekitar kawasan kampus antaranya adalah:
Kebelakangan ini, sisa sesuatu bahan atau lebih dikenali sebagai sampah dapat dilihat di sekitar UITM Puncak Alam ini. Seperti yang telah dinyatakan, pelbagai isu yang timbul mengenai punca sampah ini dibuang merata-rata. Hal ini perlu dibendung segera bagi membuang impak negatif yang secara tidak langsung boleh mencemarkan nama universiti. Semua warga sedia maklum bahawa kesedaran mengenai penjagaan kebersihan khususnya berkaitan sampah ini berada pada tahap yang amat rendah dalam kalangan manusia termasuklah mahasiswa. Justeru, kami terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi mengingatkan kembali kepada mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan khususnya dalam konteks pembuangan sampah. Hal ini demikian kerana pelbagai impak negatif telah kami temui kesan pembuangan sampah merata-rata di sekitar kawasan kampus antaranya adalah:
Ø Wujudnya
persekitaran pembelajaran yang tidak selesa dan terganggu ketika di dalam
kelas.
Hal ini berlaku apabila sampah seperti plastik
gula-gula, makanan dan botol minuman dibiarkan berteraburan di dalam kelas
tanpa ada rasa tanggungjawab dalam diri sesiapa untuk mengutip dan membuangnya.
Sesetengah pensyarah akan merasa terganggu dengan kewujudan sisa buangan ini. Hal
ini secara tidak langsung, boleh menyebabkan wujudnya proses pembelajaran dalam
keadaan yang tidak selesa. Sebagai contoh, pensyarah mungkin ingin segera
menghabiskan topik yang diajarnya kerana tidak selesa berada di dalam kelas
tersebut dalam jangka masa yang lama. Keadaan yang sama juga boleh berlaku
kepada pelajar apabila mereka tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
kerana terganggu dengan keadaan kelas yang kotor.
Ø Hubungan
di antara pensyarah dan pelajar di dalam kelas menjadi renggang.
Apabila pensyarah masuk ke kelas dan melihat
keadaan kelas yang tidak teratur dan kotor, emosi yang ketika tadinya ceria
akan menjadi suram dan marah. Pensyarah yang mengajar dalam keadaan marah akan
menyebabkan sesi soal jawab di antara pelajar dan pensyarah terganggu. Tidak
mustahil juga, mereka akan mengajar dalam keadaan segera di mana proses
pembelajaran hanya berlaku untuk memenuhi jam masa kredit. Hal ini secara tidak
langsung turut mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.
Ø Persepsi
atau pandangan yang negatif akan dilemparkan kepada mahasiswa dan universiti.
Kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga. Salah satu peribahasa yang dapat
menggambarkan kesan buruk yang perlu diterima oleh orang lain yang berpunca
daripada kesalahan seorang. Sebagai contoh, pensyarah akan mempunyai tanggapan
yang buruk iaitu mahasiswa tidak pandai menjaga kebersihan. Begitu juga dengan
orang luar yang datang ke kampus ini, apabila mereka melihat sampah seperti
botol minuman, plastik makanan di tepi jalan pastinya wujud satu persepsi awal
dan negatif terhadap mahasiswa dan pengurusan di kampus ini.
Ø Menyukarkan
kerja yang dilakukan oleh pihak pembersihan di kampus.
Apabila sampah dibuang di tepi-tepi jalan,
pihak pembersihan terpaksa mengambil sampah tersebut dan membuangnya kembali ke
dalam tong sampah. Lebih menyukarkan lagi, apabila sampah itu telah lama
dibiarkan dan hampir ditutupi oleh tanah, pihak pembersihan perlu menggunakan
lebih masa dan tenaga untuk membuang sampah tersebut. Tidak salah kita sebagai
mahasiswa meringankan beban mereka dengan tidak membuang sampah merata-rata
walaupun mereka dibayar gaji.
Ø Hilang
rasa belas kasihan terhadap golongan yang lebih berusia dalam diri mahasiswa.
Seperti yang kita sedia maklum, ramai pekerja
pembersihan yang dapat dilihat di sekitar kawasan kampus dan kebanyakan mereka
adalah berumur 40 dan ke atas. Selaras
dengan panggilan yang selalu kita gelar kepada mereka iaitu ‘makcik cleaner’, wajarkah
kita sebagai golongan yang lebih muda membiarkan mereka yang lebih berusia
mengutip sampah yang telah dibuang oleh kita? Tiadakah rasa kasihan
terhadap mereka wujud dalam diri kita
sebagai seorang anak dan mahasiswa? Mahasiswa sering kelihatan membiarkan
‘makcik-makcik’ ini mengutip sampah yang dibuang oleh mereka sendiri tanpa
perasaan belas kasihan.
Konklusinya, banyak impak negatif yang
boleh dilihat dengan mata kasar kesan daripada sikap pelajar itu sendiri.
Tabiat membuang sampah merata-rata ini perlu dibendung dan dibuang dalam diri
mahasiswa. Islam amat megambil berat terhadap pentingnya menjaga kebersihan.
Masih tidak berguna seseorang itu jika hanya menjaga kebersihan diri tetapi
buruk akhlaknya dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Begitu juga dengan
perasaan belas kasihan dan tolong-menolong yang amat digalakkan dalam Islam.
Selaras dengan konsep wasatiyah, kita perlu untuk saling membantu lebih-lebih
lagi kepada golongan yang lebih berusia dan memerlukan. Walaupun tanggungjawab
mereka untuk membersihkan sesebuah kawasan namun, Islam tidak pernah melarang
kita untuk meringankan beban mereka malah kita bakal mendapat ganjaran hasil
kebaikan yang disalurkan.
Wasalam.
Sangat berguna. Thanks
ReplyDeleteSangat berguna. Thanks
ReplyDelete