Gambar-gambar
ini menunjukkan beberapa respon daripada sesetengah pelajar berkenaan “Amalan
5 minit Bersihkan Kelas”. Walaupun tidak mendapat respon daripada kelas-kelas
yang lain, namun usaha yang kecil ini mampu memberikan impak yang besar kepada sesebuah
organisasi atau fakulti itu sendiri. Seperti yang dapat dibaca, yang memberi
respon setuju dengan menunjukkan, bahawa tanggungjawab itu bermula dari diri
sendiri.
Sebenarnya jika usaha
kecil ini dilakukan, tidak mustahil
untuk setiap pelajar melakukan amalan yang sama dalam jangka masa tertentu,
lantas menjadikan usaha ini suatu kebiasaan dalam hidup pelajar itu sendiri. Selain itu juga dapat dirumuskan, bahawa
“Amalan 5 minit Bersihkan Kelas” ini wajar diterapkan kepada setiap pelajar. Ini
kerana, banyak manfaat yang diperolehi melalui amalan ini seperti kebersihan
semasa belajar terjamin, tidak timbul buruk sangka antara sesetengah pihak dan
dalam masa yang sama mampu mampu mendidik pelajar menjadi sesorang yang
berdisiplin.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment