Assalamualaikum W.B.T dan Salam
Sejahtera.
Dalam Islam kebersihan itu merupakan
sebahagian daripada iman. Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam kehidupan
seharian. Kebersihan akan dapat memberikan suasana yang selesa untuk belajar,
bekerja dan berehat. Ia amat penting kerana ia meruapakan salah satu faktor
yang dapat memberi ketenangan minda kepada semua pihak. Semua agama dan
penduduk di Malaysia bahkan di dunia suka kepada kebersihan.
Berdasarkan isu yang telah kami
bangkitkan di UITM Puncak Alam, iaitu isu sampah yang berselerak dan bersepah
yang disebabkan oleh kekurangan bilangan tong sampah dan juga sikap pelajar
yang tidak mementingkan kebersihan, setiap pihak termasuklah terutamanya para
pelajar, staff dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mnjaga kebersihan kerana dapat
kita lihat dalam skop yang kecil, iaitu sebagai pelajar, kebersihan dapat
memberikan keselesaan untuk belajar dan memberikan keselesaan kepada para pensyarah
untuk mengajar. Ia juga dapat memberikan pandangan yang positif kepada para
pelawat yang datang. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengamalkan konsep
wasatiyah dan ta’awun dalam kehidupan seharian agar dapat memberikan manfaat
yang baik terhadap semua pihak.
Pemikiran setiap pihak seharusnya
bertumpu kepada pentingnya menjaga kebersihan, janganlah sama sekali kita
memandang enteng terhadap isu sampah dalam menjaga kebersihan persekitaran
sekeliling kita, seperti yang kita tahu, setiap manusia mempunyai tanggungjawab
masing-masing dalam menjaga kebersihan persekitaran kita.
Secara keseluruhnya, kami telah pun
mengenalpasti langkah yang terbaik dalam mengurangkan masalah sampah di UITM
Puncak Alam, di antaranya adalah mengaplikasikan “Amalan 5 Minit Membersihkan
Kelas”. Melalui langkah ini, kebersihan di kawasan universiti juga berada di
tahap yang terbaik sekaligus telah mencerminkan nilai murni dan budaya yang
positif terhadap pelajar-pelajar UITM.
Justeru itu, sebagai seorang rakyat
Malaysia yang hidup secara berpaduan tanpa mengambil kira bangsa dan agama,
kita seharusnya saling bekerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran
sekeliling kita. Hal ini kerana, melalui persekitaran yang bersih akan memberi
impak kepada kesihatan tubuh badan dan secara tindak langsung rakyat di
Malaysia akan hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa berlaku sebarang malang
petaka yang menimpa.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment